Dedikasi buat Ian Murdock
-------------------------

Ian Murdock, pengasas bagi projek Debian, telah meninggal dunia pada 28
Disember 2015 di kediamannya yang terletak di San Francisco. Ketika itu, beliau
berusia 42 tahun.

Sumbangan Ian terhadap Perisian Percuma amat besar. Beliau yang telah mengetuai
Projek Debian sejak penubuhannya dari 1993 hingga 1996, mengarang menifesto
Debian pada Januari 1994 dan telah memupuk projek yang baharu ditubuhkan itu
sepanjang pengajian beliau di Purdue University.

Ian kemudiannya mengasas dan menjadi pengarah bagi Linux International, CTO
kepada Free Standards Group dan kemudiannya Linux Foundation, dan ketua bagi
Projek Indiana di Sun Microsystems, yang beliau sifatkan sebagai "mengambil
pengajaran dari apa yang Linux bawa ke sistem operasi dan menyediakannya kepada
Solaris".

Kejayaan Debian menjadi saksi terhadap visi Ian. Beliau telah memberikan
inspirasi kepada manusia di seluruh dunia untuk menyumbang masa lapang dan
kemahiran mereka. Kini, lebih daripada 350 distribusi yang dikenalipasti
berasal dari Debian.

Justeru, kami dedikasikan Debian 9 "stretch" kepada Ian.

 -- Para Pembangun Debian